Jul 04 2009

Lensa

Published by maman under Sumber Grafix/Fotografi

Dalam beberapa hari ini maman cuba mahirkan diri lagi dengan DSLR ni. Petang ni lepas meeting Club50 dan kenduri potong jambul, maman akan ke Putrajaya lagi sekali untuk try outdoor shot with Kawe Jauh.

Sebenarnya, dalam beberapa weekend yang lepas, maman ada buat sesi ikut Wafi n frineds outdoor dan juga event (tunang). Kiranya nak asah kemahiran lah.

Petang ni cuba akan datang awal ke Putrajaya, agar tidak berulang seperti tempohari yang kesuntukan masa untuk jelajah banyak tempat menarik di Putrajaya.

refleksi

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

No responses yet

Jun 04 2009

Bukan kerana Tortila

Published by maman under Dear Diary

Dear blog,

Abby dan Chef Nabil

Lihat bagaimana Chef Nabil kreatif menggunakan mesin basuh sebagai MEJA .

Semasa Abby Fana dan team Sinar.Fm serbu rumah sewa kami bersama-sama dengan Chef Nabil semata-mata untuk buatkan kami sarapan istimewa: tortila nestum berinti telur, maman hanya mampu bergambar dengan camera handphone sahaja. Alangkah bagusnya kalau ada kamera yang best untuk merakam saat-saat yang sangat jarang berlaku macam hari ini. (bukan selalu ye Abby nak duduk atas sofa ruang tamu rumah ini hehe)

Kesal dengan kualiti gambar kamerafon yang suam-suam kuku sahaja, maman telah bergegas ke kedai gambar dan terus beli sebiji DSLR Nikon D5000. Murah je dalam RM3K plus. :P

Ahahaha! Acah je. Sebenarnya..bukan semudah itulah nak beli DSLR.

Maman sudah lama teringin belajar fotografi. Angan-angan itu membuatkan dari awal tahun dulu sudah mula kumpul duit sikit-sikit. Bila dah mula sikit-sikit dah jadi busut la ni, maman keluarkanlah untuk beli kamera pertama maman sendiri. Bila ada dslr sendiri, barulah syok nak ambil gambar rumput ke, semut ke, bunga ke, pemandangan ke, potrait ke (barulah fotografi kan..hehe). Cantiklah kononnya nanti hasilnya.

*Thanks buat semua penasihat fotografi yang telah mengiringi maman untuk membeli dslr tersebut. Sampai tokey tu pun heran ramai gile advisor yang maman bawak.

Weekend lalu, JC ajak join dia wat outdoor photography di Lake Garden, maman pun turut serta tetapi agak memalukan bila maman terkial-kial nak guna dslr tersebut sebab basic handling camera pun maman tak pass lagi. So kebanyakkan photo yang maman tangkap tidak menepati standard yang sepatutnya. Maman agak kecewa tapi dalam masa yang sama rasa bertuah juga sebab dapat belajar daripada otai yang turut serta dalam sessi fotografo tersebut. *Terima kasih banyak2 kepada JC, Bas, Amir, Kid dan dua orang model yang sporting itu.

Nah.. tataplah antara foto yang termaktub sebagai hasil terawal maman dalam dunia digital camera ini. Walaupun agak kureng menyengat….

 

Bila dah pegang dslr, kenalah mula minat kepada alam sekitar, bunga, binatang, serangga… barulah cool! hehe

 

Tidak ketinggalan juga skill potrait dan people pictures kenalah mula diasah dari sekarang.. 
 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

8 responses so far

May 18 2009

See You In Court!

Published by maman under Dear Diary

Dear blog, 

Kesilapan lalu, tutur kata atau makian anda mungkin lama-kelamaan orang akan lupakan.

Tetapi ada sesetengah perkara tidak akan hilang begitu sahaja ditelan masa. Kadang-kadang menghantui anda dari generasi ke generasi lamanya. Saka nenek korang, hantu raya belaan keturunan korang,… hutang PTPTN?. BANK? ALONG? adalah antara yang akan TIDAK LEKANG DEK HUJAN.

Ianya seperti bom jangka yang sudah lama tertanam dalam tanah dan sudah sampai masa untuk meletup pada bila-bila masa sahaja. Hanya tinggal beberapa detik sahaja sebelum ia memuntahkan bahan apinya..

Begitu juga dengan saman JPJ.

Semasa maman ingin memperbaharui lesen memandu di Pejabat Pos Besar khamis lalu, sistem memberikan jawapan : SILA RUJUK JPJ.

Dengan sedikit rasa saspen dan ekspektasi bahawa tentunya ia bakal memakan masa, maman telah mengambil cuti sehari apabila pegawai JPJ yang maman telefon menasihatkan agar maman ke JPJ terdekat - Wangsa Maju.

Pagi Jumaat itu, semasa sedang memandu bersaing dengan mereka yang berebut-rebut ketempat kerja, maman telah menyiapkan mental secukupnya agar dapat mengharungi hari ini dengan jayanya. Entah kenapa maman agak trauma bila berhadapan dengan urusan kerajaan ni. Biasanya amat menyayat hati. Harap-harap kalau dapat seperti urusan di JPN baguslah (yang kini sudah cepat dan ringkas).

Di JPJ Wangsa Maju, urusan hanya mengambil masa beberapa minit. Daripada pegawai yang bertugas, maman diberi satu slip dan dia berkata “Ini kes mahkamah tahun 30/08/2005, awak tak boleh settle sini. U kena pergi ke JPJ Kg jawa, Shah Alam sebab diaorang yang keluarkan”

Mahkamah? 2005? ermm the past is haunting me now..

and KG Jawa? huarggghhh .. Dan pengembaraan GENG pun bermula…

Bergegas maman memandu ke Shah Alam cilok sana cilok sini dan sampai sana dalam jam 9.45. Di Kaunter Khdimat Pelanggan semasa maman menunjukkan slip dari Wangsa Maju tu maman diarah untuk berurusan ke PINTU 3, kaunter 1. Sempat juga pegawai tersebut memberi peringatan “tp kes macam ni biasa kena settle di mahkamah encik. tak boleh settle disini”. Maman rasa debar juga sebab lesen kereta akan tamat esok (16/05/09)

See You In Court

I SEE YOU IN COURT! kata officer tu.

Di PINTU 3, kaunter 1. Setelah beratur dalam beberapa minit rupanya hanya untuk mengambil angka giliran. Maman diberikan nombor PINTU 2 no giliran 717.

Maman pun keluar dari Bilik 3 dan mencari bilik PINTU 2 seperti yang diarahkan. Mujur tidaklah jauh.

Dalam 10 minit menunggu, seorang pegawai memanggil maman dengan membawa fail yang merekod saman tersebut. Merujuk kepada detail saman tersebut yang bertarikh 30/08/2005 atas kesalahan tiada insurans dan LKM tamat tempoh maman telah diberikan tarikh 05/07/09 untuk hadir ke mahkamah dan nama akan dikeluarkan dari senarai blaklist jika urusan dimahkamah sudah selesai. lepas nama tidak disenaraihitam, barulah maman boleh renew lesen.

“Boleh renew lesen saya dulu tak? kalau tak de lesen sampai bulan 7 macamana yang nak pergi kerja?”

“Itu saya tak boleh tolong, cuba encik buat rayuan dekat Pintu 3, Kaunter 1 tadi”

Maman pun kembali ke Pintu 3 kaunter satu, beratur dan hanya untuk mendengar petugas kaunter itu kata:

“Ini kes dah lama sangat. tak dapat nak buat ape. kalau u nak buat rayuan u pegi jumpe pegawai Pn Shamima di PINTU 1″

Rasa macam bola tak? Siapa sebenarnya yang menerima rayuan ni. Merayu sgt!!

Oleh sebab masa sudah hampir jam 11.00, Maman pun berjalan keluar bilik tersebut cepat-cepat dan cari pula bilik PINTU 1. Mujur dapat berjumpa dengan pegawai yang maksudkan tetapi atas alasan yang sama maman tidak dapat renew lesen.

“TETAPI kalau u nak, buatlah rayuan ke pegawai pendakwa dalam bilik tu” Kata Pn shamima seraya menunjukkan bilik yang dimaksudkan.

I am specchless.

Setelah hampir 1/2 jam menunggu, maman dibenarkan masuk dan pegawai pendakwa sign saman maman dengan mesej dibenarkan renew untuk setahun. Maman menarik nafas lega. Syukur sangat urusan dipermudahkan. Tetapi semuanya belum tamat lagi rupanya. Pegawai pendakwa tersebut mengarahkan maman untuk menyerahkan surat saman itu kembali ke PINTU 3 Kaunter 1 untuk urusan seterusnya.

Maman berlari ke bilik yang dimaksudkan kerana masa sudah suntuk. Benar tekaan maman, maman sampai ke kaunter tersebut jam 11.17 sedangkan rehat adalah jam 11.15. KAUNTER SUDAH TUTUP. Namun setelah buat muka kesian, ada kakak yang jaga kaunter disitu ambil slip saman dan lesen dan mengarahkan maman datang semula selepas solat jumaat jam 2.45.

Maman memang suka berurusan pada hari Jumaat. Masa sgt MENCEMBURI…

Jam 2.45 maman dah terpacak disitu tetapi terpaksa menunggu sehingga pada jam 4.30 barulah lesen maman siap. Itu pun mujur maman asyik bertanya ke kaunter bila nak siap? dah siap ke?. Walaupun petugas kaunter tu mungkin agak stress dengan maman, tetapi Kalu tidak buat begitu mungkin maman terpaksa datang semula pada hari Isnin kerana maman perasan dia tak sentuh pun kertas maman yang ada dalam bakul diatas mejanya sebab sibuk melayan pelanggan dan urusan lain.

Menghabiskan satu hari di JPJ menguruskan semua ni memang memerlukan tahap mental dan kesabaran yang tinggi. Kalau anda rasa anda mudah hilang kesabaran moralnya Kalau ada saman tu cepat2lah bayar.

Jangan biarkan sejarah silam menghantui anda hari ini..

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

3 responses so far

Next »